Klinik Desa Bandar Baru Beris Jaya ( BBBJ )
Penduduk di Bandar Baru Beris Jaya (BBBJ) disediakan sebuah klinik desa yang terletak di dalam kawasan perumahan. Adanya Klinik Desa Bandar Baru Beris Jaya, kesihatan penduduk lebih terjaga. Sekiranya berhadapan dengan masalah kesihatan, penduduk di sini akan segera mendapatkan rawatan kesihatan di klinik tersebut.
Berperanan sebagai sebuah institusi perubatan terpenting kepada penduduk di BBBJ, kakitangan klinik sentiasa menjalankan amanah yang diberikan dengan jujur dan bertanggungjawab. Antara perkhidmatan yang disediakan di Klinik Desa Bandar Baru Beris Jaya ialah rawatan ibu dan anak, pesakit luar dan beberapa perkhidmatan lain lagi. Untuk mendapatkan rawatan lanjut, penduduk di BBBJ akan ke Hospital Sik yang terletak tidak jauh dari BBBJ.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
terima kasih ...