Berpindah Ke Sekolah Baru
Projek Empangan Beris yang telah siap pada 10 Ogos 2000 telah membentuk sebuah tasik buatan yang diberi nama Tasik Beris. Dahulu, terdapat beberapa buah kampung yang menjadi penempatan masyarakat yang kini menetap di Bandar Baru Beris Jaya (BBBJ) iaitu sebuah kawasan terancang yang telah disediakan oleh pihak kerajaan.
Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Batang turut terjejas dan terkubur akibat projek empangan tersebut. Beberapa
tahun yang lalu, SK Sungai Batang merupakan sekolah yang menjadi tumpuan ibu bapa menghantar anak-anak mereka untuk mendapatkan pendidikan.
Namun bak kata pepatah 'yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti". Bandar terancang yang telah dibina beberapa kilometer sahaja dari Pekan Sik telah dilengkapi dengan sebuah sekolah yang diberi nama Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Beris Jaya.
Setelah tamat pengajian di peringkat sekolah rendah, anak-anak di BBBJ akan menyambung pengajian ke peringkat sekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 5, Sekolah Menengah Kebangsaan Jeniang dan Sekolah Menengah kebangsaan Sik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
terima kasih ...