Terima Kasih kerana Sudi Menegur ...

Assalamualaikum w..b.t, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...

Pertamanya, ucapan terima kasih banyak2 buat rakan komuniti yang sudi singgah ke laman Blog Komuniti Penduduk Bandar Baru Beris Jaya, keduanya terima kasih kerana sudi membetulkan "admin" akan kesilapan nama Kg. Sg. Pau ( sebelum ini "admin" gunakan Kg. Pau ). Segala yang baik demi memperkemaskan lagi blog ini adalah amat "admin" harap2kan.

Walaubagaimanapun, sepertimana diberitahu, blog ini bukanlah di atas permintaan JKKK dengan kaedah dibayar khidmatnya atau apa2 jua. Sebaliknya, blog ini diwujudkan kerana "admin" saja2 gatal tangan dengan niat "mengasah ilmu pembinaan blog ( khususnya www.blogspot.com ) supaya tidak hilang dimamah usia.

Untuk pengetahuan yang lain, "admin" tidak lagi berupaya untuk beraksi sebagaimana sebelumnya kerana terlibat di dalam kemalangan jalanraya yang menyebabkan berlaku perubahan kepada sifat fizikal "admin". Walaubagaimanapun, alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi "kepala + otak + ilmu" sedia ada, yang suatu ketika dahulu dikutip sedikit demi sedikit di merata-rata tempat - masih lagi digunapakai.

Demi mengelakkan berlaku kehilangan ilmu tersebut - bak kata pepatah - "ilmu yang tidak diamal biasanya akan luput dari ingatan", maka, dengan sesuka-hatinya "admin" menghasilkan Blog Komuniti Penduduk Bandar Baru Beris Jaya. Sekalipun demikian, "admin" masih sihat-wal-afiat dan Insya-Allah, "admin" tidak menyebelahi mana-mana pihak.

Itu yang pertama, yang keduanya ... "admin" buat carian di internet, manalah tahu kalau2 jumpa serba sedikit cerita2 dan kisah terkini tentang apa yang berlaku di Bandar Baru Beris Jaya. Malangnya tidak pula terjumpa. Al-maklumlah, "Manusia Hujung Jari" -a.k.a- Generasi IT, ... nak bertanya segan ( kita bukan orang dalam, kita orang datang - melukut di tepi gantang ).

Bukanlah nak tahu sangat tapi kadangkala teringat kampung mertua, nak juga tahu apa berita, pejam celik, pejam celik, tak ada juga yang terkini. Jadinya, "admin" buat blog ini dengan harapan ada dikalangan "Manusia Hujung Jari" dari Generasi yang pelbagai, sudi kongsi2kan apa sahaja kisah yang berlaku di Bandar Baru Beris Jaya. Tidak kiralah tentang apa pun, asalkan berkaitan dengan Bandar Baru Beris Jaya sahaja - mohonlah sesangat untuk dikongsi2kan.

Pendek kata, bermula daripada cerita tentang Penduduknyakah, Rumahnyakah, Jalanrayanyakah, Tiang Lampunyakah, Padangnyakah, Masjidnyakah, Kenduri Doa Selamatnyakah, Kenduri Berkhatannyakah, Kenduri Sambut Menantukah ( Bertunang dan Bersanding ) - Ber"kahwin" jangan la cerita sama orang ye ? ... OK sambung, atau apa juga.

Mungkin ada yang berniaga, mungkin ada yang sakit, mungkin ada yang gembira ( bangga apa walau kita orang luar, dengar cerita anak-anak kariah ada yang dapat 10A dalam peperiksaan ), mungkin ada yang nak jual tanah, mungkin ada yang nak itu dan yang nak ini. Semoga blog ini boleh menyampaikan kisah akan sesuatu kepada warga Komuniti Penduduk Bandar Baru Beris Jaya. Apatah lagi buat kami ( warga mendatang bergabung dengan warga asal BBBJ ).

Memang betul BUKAN semua orang celik IT, "admin" sendiri kalau disuruh menoreh getah, rasanya entah tangan bernanah atau pokok getah yang punah, tapi setakat toreh buat keluar getah Insya-Allah. Bukanlah diminta jadi PAKAR, jadilah setakat ambil tahu. Dulu pun bukan semua orang guna Telefon Bimbit ... tapi sekarang kalau tak ada bagai tak cukuplah aje sifatnya.

Semoga celoteh "admin" kali ini, boleh memberi sedikit kefahaman dan penerangan maksud, kepada "kenapa blog ini wujud ?". "Tak semua orang akan suka dengan apa kita buat, tapi kita tak boleh sukakan semua orang dengan apa yang kita buat". "Jangan tanya apa BBBJ buat untuk kita, tapi tanya apa kita buat untuk BBBJ".

Segala yang baik itu datangnya daripada kePAKARan dan keBIJAKSANAan Maha Pencipta ALLAH S.W.T dan segala yang buruk itu datangnya daripada kelemahan ( diri + akal fikiran ) "admin" sendiri.

Akhirkalam, wa-bil-la-hi-tau-fiq-wal-hi-da-yah - assalamualaikum warahmatullahita'ala wabarokatuh.
wALLAHua'lam.
 Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jemput kongsi2kan mana yang patut, manalah tahu ada yang memerlukan. Terima kasih banyak-banyak ...

No comments:

Post a Comment

terima kasih ...